Ciri-ciri Insan Yang Berjaya
Untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini adalah
bukan sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja. Ini kerana setiap orang itu
mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Ianya bergantung
kepada individu itu sendiri yang menentukan bagaimana cara hidup mereka sama
ada untuk menjadi orang yang berjaya atau pun tidak.Sejak dari kecil lagi seseorang itu telah diajar bagaimana
untuk berjaya di sekolah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam
pelajaran, berjaya masuk ke universiti, berjaya mendapat kerja yang dinginkan
dan banyak lagi.Tidak terkecuali sudah tentu saya juga sentiasa ingin
menjadi orang yang berjaya didunia dan tidak lupa juga akhirat. Begitu juga
dengan anda kan? Memang menjadi impian setiap orang untuk menjadi orang yang
berjaya ni. Setiap individu yang berjaya mereka mempunyai ciri-ciri yang
sentiasa mereka amalkan dalam hidup mereka. Ianya boleh kita dijadikan panduan
atau sebagai ikutan untuk berjaya seperti mereka.
Orang yang berilmu akan sentiasa dipandang mulia oleh orang
lain kerana ketinggian ilmu yang dimilikinya. Dengan ilmu seseorang itu akan
berjaya didunia dan juga akhirat. Ciri-ciri individu yang berjaya mereka sangat
cintakan ilmu pengetahuan kerana mereka tahu dengan memiliki ilmu hidup mereka
akan lebih berjaya. Cara untuk
mendapatkan ilmu adalah dengan banyak membaca kerana dengan membaca ilmu
pengetahuan seseorang akan semakin bertambah.
2) Yakin dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dalam diri
mereka. Oleh itu anda hendaklah sentiasa yakin yang anda juga hebat seperti
orang lain. Jika orang lain boleh berjaya mengapa anda tidak kan? Semuanya
berkenaan keyakinan yang ada dalam diri anda sendiri. Jika anda sudah tidak
yakin dengan diri anda sendiri anda mungkin tidak akan dapat mengecapi kejayaan
seperti apa yang anda impikan.
3) Sentiasa berusaha dan tidak berputus asa
Kejayaan seseorang itu bergantung kepada sejauh mana usaha
yang mereka lakukan. Jika anda telah pun berusaha tapi kejayaan yang anda
inginkan tidak seperti yang anda harapkan maka anda jangan lekas berputus asa.
Orang yang mudah berputus asa tidak akan kemana-mana. Anda kena percaya
walaupun anda telah banyak berusaha tapi semuanya Allah yang tentukan.
4) Tawakal kepada Allah
Setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
mencapai impian yang anda impikan maka selepas itu anda bolehlah bertawakal
kepada Allah. Ini kerana kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah
yang menentukan segalanya. Anda telah pun berusaha setakat mana kemampuan anda.
Dengan bertawakal bermakna anda yakin hanya Allah yang akan memberikan kejayaan
kepada hamba yang diinginkanNya.
5) Syukur atas segala nikmat
Setelah kejayaan yang anda inginkan telah menjadi kenyataan
maka sebagai seorang hamba hendaklah anda bersyukur kepadaNya. Ini kerana ianya
sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang diberikan olehNya. Dengan
membantu orang lain juga menunjukkan tanda syukur atas kejayaan yang anda
miliki.
6) Beriman dan bertakwa
Orang yang berjaya akan selalu berada dekat dengan
penciptanya. Ini kerana kita tahu hanya Dia yang akan memberikan kejayaan bagi
seorang hamba semasa hidup didunia dan juga akhirat. Keimanan dan ketakwaan
adalah dengan menjaga segala amal ibadah seperti solat kerana solat adalah
hubungan seorang hamba dengan penciptanya. Anda juga perlulah sentiasa berdoa
supaya diberikan kejayaan dan kesejahteraan dalam hidup ini.Kesimpulan, semua
orang inginkan kejayaan dalam apa saja perkara yang dilakukan kerana ianya
menjadi impian setiap orang. Tiada siapa yang ingin berada dalam kehidupan yang
susah, kecewa, derita dan sebagainya. Sudah tentu anda selalu ingin hidup
bahagia dan berjaya seperti orang lain juga. Tapi ingatlah dalam kita mengejar kejayaan hidup didunia ini kita
janganlah sampai lupakan kejayaan kita untuk hari akhirat juga. Sama-sama kita
berusaha untuk mengecapi apa saja kejayaan yang kita inginkan dan selamat
beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan