song

21 November 2013






Erti Sebuah Persahabatan – Kawan . Teman . Friend . Sahabat .

persahabatan-ukhwah-teman-kawan
1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…
2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…
3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…
7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…
9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…
10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…
kawan-teman-sahabat-friend
Persahabatan…
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.

2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.

3) Hak dalam lidah dan hati
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”

4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”

5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”
sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap diperbetulkan bersama..insyaAllah.
wallahua’lam



20 November 2013



Sila tengok pada pokok-pokok ini dan terus pilih pokok yang paling menarik perhatian anda. Jangan dok pikir lama2, terus pilih dan cuba lah baca ikut personaliti masing2.. Jom kita cuba seronok2, dan jangan lupa SHARE juga pilihan anda kat komen di bawah yer..




Keputusannya..

1. Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita2 besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian.. anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.

2. Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.

3. Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.

4. Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.

5. Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saya akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain adalah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.

6. Anda seorang yang baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.

7. Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stres dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.

8. Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan entusiastik. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya, anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itu lah anda.. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.

9. Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba utuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sehat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya, hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu saja.

Terima kasih ..


18 November 2013

Ciri-ciri Insan Yang Berjaya












Untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja. Ini kerana setiap orang itu mempunyai peluang untuk mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri yang menentukan bagaimana cara hidup mereka sama ada untuk menjadi orang yang berjaya atau pun tidak.Sejak dari kecil lagi seseorang itu telah diajar bagaimana untuk berjaya di sekolah dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, berjaya masuk ke universiti, berjaya mendapat kerja yang dinginkan dan banyak lagi.Tidak terkecuali sudah tentu saya juga sentiasa ingin menjadi orang yang berjaya didunia dan tidak lupa juga akhirat. Begitu juga dengan anda kan? Memang menjadi impian setiap orang untuk menjadi orang yang berjaya ni. Setiap individu yang berjaya mereka mempunyai ciri-ciri yang sentiasa mereka amalkan dalam hidup mereka. Ianya boleh kita dijadikan panduan atau sebagai ikutan untuk berjaya seperti mereka.

1) Berilmu dan cintakan ilmu pengetahuan

Orang yang berilmu akan sentiasa dipandang mulia oleh orang lain kerana ketinggian ilmu yang dimilikinya. Dengan ilmu seseorang itu akan berjaya didunia dan juga akhirat. Ciri-ciri individu yang berjaya mereka sangat cintakan ilmu pengetahuan kerana mereka tahu dengan memiliki ilmu hidup mereka akan lebih berjaya. Cara  untuk mendapatkan ilmu adalah dengan banyak membaca kerana dengan membaca ilmu pengetahuan seseorang akan semakin bertambah.


 2) Yakin dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dalam diri mereka. Oleh itu anda hendaklah sentiasa yakin yang anda juga hebat seperti orang lain. Jika orang lain boleh berjaya mengapa anda tidak kan? Semuanya berkenaan keyakinan yang ada dalam diri anda sendiri. Jika anda sudah tidak yakin dengan diri anda sendiri anda mungkin tidak akan dapat mengecapi kejayaan seperti apa yang anda impikan.



3) Sentiasa berusaha dan tidak berputus asa
Kejayaan seseorang itu bergantung kepada sejauh mana usaha yang mereka lakukan. Jika anda telah pun berusaha tapi kejayaan yang anda inginkan tidak seperti yang anda harapkan maka anda jangan lekas berputus asa. Orang yang mudah berputus asa tidak akan kemana-mana. Anda kena percaya walaupun anda telah banyak berusaha tapi semuanya Allah yang tentukan.
 










4) Tawakal kepada Allah
Setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian yang anda impikan maka selepas itu anda bolehlah bertawakal kepada Allah. Ini kerana kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Anda telah pun berusaha setakat mana kemampuan anda. Dengan bertawakal bermakna anda yakin hanya Allah yang akan memberikan kejayaan kepada hamba yang diinginkanNya.

 
5) Syukur atas segala nikmat
Setelah kejayaan yang anda inginkan telah menjadi kenyataan maka sebagai seorang hamba hendaklah anda bersyukur kepadaNya. Ini kerana ianya sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang diberikan olehNya. Dengan membantu orang lain juga menunjukkan tanda syukur atas kejayaan yang anda miliki.


6) Beriman dan bertakwa
Orang yang berjaya akan selalu berada dekat dengan penciptanya. Ini kerana kita tahu hanya Dia yang akan memberikan kejayaan bagi seorang hamba semasa hidup didunia dan juga akhirat. Keimanan dan ketakwaan adalah dengan menjaga segala amal ibadah seperti solat kerana solat adalah hubungan seorang hamba dengan penciptanya. Anda juga perlulah sentiasa berdoa supaya diberikan kejayaan dan kesejahteraan dalam hidup ini.Kesimpulan, semua orang inginkan kejayaan dalam apa saja perkara yang dilakukan kerana ianya menjadi impian setiap orang. Tiada siapa yang ingin berada dalam kehidupan yang susah, kecewa, derita dan sebagainya. Sudah tentu anda selalu ingin hidup bahagia dan berjaya seperti orang lain juga. Tapi ingatlah dalam kita  mengejar kejayaan hidup didunia ini kita janganlah sampai lupakan kejayaan kita untuk hari akhirat juga. Sama-sama kita berusaha untuk mengecapi apa saja kejayaan yang kita inginkan dan selamat beramal.


17 November 2013



Rasanya ramai yang suka main candy crush.. so daam kehidupan kita pun lebih kurang macam candy crush jugak rasanya... pehal pun jom baca dulu apa pun..heehhehehheheh

16 November 2013


insan istimewa........

SEORANG bapa, Razali Harun, 45, yang berkerja sebagai buruh binaan dengan gembira terus menggendong pulang anaknya Amir Zuhaidi Razali, 12, yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2013 untuk memberitahu kepada ahli keluarga lain di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. 

Amir, murid Istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh mengalami kecacatan kaki kiri akibat kemalangan.

seperti kata hikmah ini.. seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai



15 November 2013

Sekilas tentang brosher yang dibuat.. 


Secara umumnya,penampilan diri ini boleh dikatakan amat penting kepada setiap individu,tidak kira secara formal atau tidak formal. Dalam etika pemakaian,pelbagai aspek dapat disentuh,antaranya cara pemakaian mestilah mengikut etika,ia perlulah sesuai mengikut masa dan keadaan. Etika pemakaian yang salah dapat menimbulkan masalah kepada individu itu sendiri,contohnya individu itu akan malu apabila di tegur oleh orang lain. Ia melambangkan kekemasan seseorang manusia,membuatkan orang mudah tertarik,mudah bergaul dan lain-lain lagi. Penampilan diri ini juga dapat membantu seseorang itu untuk berinteraksi dengan lebih keyakinan....

14 November 2013

rakaman parody bersama sahabat-sahabat seperjuangan dalam palapes upsi dimana disitulah letaknya kesetian kami semua. susah dan senang ditanggung bersama. setiap perkara yang dilakukan oleh kami secara bersama.. jom layan parody satu atau dua... akhirnya tigaaa....