Erti Sebuah Persahabatan – Kawan . Teman . Friend . Sahabat .
1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…
2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…
3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…
7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…
9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…
10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…
Persahabatan…
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara
adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami.
Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu
membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa
kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam
keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan
tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi
keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula
mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah
tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka
apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata:
Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg
sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan
dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah
taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling
kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita
saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
3) Hak dalam lidah dan hati
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan
berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang
baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan
perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat
manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di
depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang
rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela
saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat”
Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk
bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara
keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak
disenangi olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik
atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah
bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila
melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak
keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling
nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara
berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua
mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu
Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita
yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan
hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat
itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara
yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu,
engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau
memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau
panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan
mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan
sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan
lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan
memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya
ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita
mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu
mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah
malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak
lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat
menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling
sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata
lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat
membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup
kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu
sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud
hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman,
walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua,
bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya
terkena jua”
sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap
diperbetulkan bersama..insyaAllah.
wallahua’lam